Saya merupakan seorang anak, isteri, ibu kepada empat orang cahaya mata. Mendapat pendidikan awal di Sek. Ren. Islam Jalan Dato’ Kumbar Alor Setar. Kemudian mendapat pendidikan menengah di Maktab Mahmud Alor Setar dari tahun 1996 sehingga 2000. "Selepas SPM saya menyambung pengajian di Pusat Matrikulasi UIAM dan Degree serta Master di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam jurusan bahasa Arab.
Ramai yang bertanya, bagaimana saya seimbangkan antara keluarga dan kerjaya; dengan bekerja sebagai pensyarah, memasak at least 2 kali sehari, membersihkan rumah agar sentiasa kemas, mengurus dan mendidik anak-anak yang masih kecil, penulis buku dan blog, menyambung pelajaran di peringkat PhD dan membuat side-income, serta menguruskan syarikat keluarga dan tanpa pembantu rumah.
”Alhamdulillah.. Saya Yakin, Setiap Wanita Akan Melalui Beberapa Fasa Yang Sama. Saya Sedar Bahawa, Ilmu Yang Allah Pinjamkan Itu Tidak Sepatutnya Saya Gunakan Hanya Untuk Diri.”
“Saya Faham Perasaan Wanita Yang Turut Mengalami Perkara Yang Pernah Saya Alami. Ya, Kerana Saya Mengalaminya Sendiri! Saya Faham Betapa Sukarnya Mencari Penyelesaian Dan Bantuan Kepada Apa Yang Kita Alami.
Justeru, Saya Mengambil Keputusan Untuk Berkongsi Bersama Para Wanita Lain, Mudah-Mudahan Ianya Ada Manfaat Dunia Akhirat Buat Kita Semua, InsyaAllah.”
“Saya Tidak Mahu Orang Lain Melakukan Kesilapan Seperti Yang Pernah Saya Lakukan. Sebaliknya Menemui Jalan Penyelesaian Terhadap Apa Yang Ingin Dilakukan. Semoga Ianya Membantu.”