7 Tips Praktikal untuk Khatam al-Quran- Khas untuk Orang yang Belum Pernah Berjaya Khatam Al-Quran (Newbie)

Khatam Al-Quran merupakan impian ramai umat Islam, terutamanya dalam bulan Ramadan. Namun, tidak semua orang berpeluang untuk menamatkan bacaan Al-Quran walaupun telah berusaha berkali-kali. Mungkin anda pernah mencuba berkali-kali tetapi tetap tidak berjaya. Atau mungkin anda langsung tidak pernah habis membaca Al-Quran sejak kecil kerana pelbagai halangan dan cabaran.

Jika anda berada dalam situasi ini,  jangan risau dan jangan putus asa! Pintu rahmat Allah sentiasa terbuka. Setiap langkah untuk mendekatkan diri kepada Al-Quran akan dikira sebagai ibadah dan mendapat ganjaran besar di sisi Allah. As long as “NAK” anda itu masih ada. Untuk jadi better Muslim in sha Allah.

Penulisan saya kaliini akan membincangkan kenapa ramai orang gagal khatam Al-Quran dan bagaimana anda boleh atasi cabaran tu dengan strategi dan tips praktikal. Dengan izin Allah, kali ini mungkin menjadi peluang terbaik untuk anda berjaya khatam Al-Quran. Amiin..

Kenapa Ramai Orang Gagal Khatam Al-Quran?

Sebelum ni saya pernah buat program untuk wanita esp tentang belajar Arabic melalui Al-Quran di beberapa agensi serta IPT, antaranya Puspanita, PTPTN, UiTM dan beberapa lagi. Saya juga antara Naqibah Usrah (Circle) untuk Staff dan Students UIAM di bawah SHAHS Mosque.

Sebelum masuk kepada penyelesaian, kita perlu faham dulu apa sebenarnya yang menjadi penghalang utama untuk seseorang khatam Al-Quran. Antara cabaran utama yang sering disebut kepada saya ialah:

1. Bacaan Terlalu Perlahan

  • Ada orang yang membaca Al-Quran dengan sangat perlahan kerana kurang fasih atau tidak yakin dengan sebutan makhraj huruf.
  • Masalah ini sering menyebabkan seseorang rasa putus asa kerana terasa seperti tidak sempat untuk khatam jika bacaan terlalu lambat. Rasa berdosa kalau salah baca. Jadi tindakan yang diambil adalah “lebih baik jangan baca” . Jangan macam tu ok!

 Apa perlu dibuat?:
✅ Fokus pada bacaan bertajwid yang asas dahulu.

✅ Jangan risau tentang kelajuan – yang penting konsisten. (Saya akan tunjukkan dengan menggunakan TM168)

✅ Mulakan dengan tempoh masa yang pendek dahulu untuk membina keyakinan dan momentum.

✅ Kalau tak yakin dengan bacaan sendiri, boleh buka youtube Sheikh yang anda suka (bacaan standard sederhana yang tidak terlalu perlahan atau tidak terlalu laju)

2. Tiada Push Factor atau Motivasi

  • Bila tiada dorongan atau sasaran yang jelas, kita mudah rasa malas dan tidak termotivasi, kita rasa give up.
  • Tanpa target yang jelas, kita mungkin baca Quran sesekali sahaja dan akhirnya tertinggal terus.

 Apa perlu dibuat?:
✅ Tetapkan matlamat yang jelas -contoh: khatam keseluruhan al-Quran dalam masa 30 hari.

✅ Masukkan push factor seperti:

  • Ajak pasangan/kawan-kawan untuk buat sama-sama
  • Masuk dalam group bacaan Al-Quran
  • Jadikan ia sebahagian daripada rutin harian

 

3. Tidak Konsisten

  • Ramai orang semangat pada awal Ramadan, tetapi semakin lama semangat makin berkurang.
  • Mula-mula baca 2-3 juzuk sehari, kemudian makin berkurang jadi satu muka surat sahaja.

 Apa perlu dibuat?:
✅ Buat
jadual konsisten – contohnya 1 juzuk sehari atau 2 muka surat selepas setiap solat.
✅ Guna teknik time blocking (Boleh refer Teknik dari Template TM168) – tetapkan masa tetap untuk baca Quran setiap hari. 

*(Part ni, Saya akan bantu dengan Template Jadual Khas Khatam al-Quran dan Template TM168 Khas Edisi Ramadhan). Boleh download disini: 

https://bit.ly/TemplateTargetKhatamAlQuranRamadhan 

4. Cepat Letih atau Mengantuk Bila Baca Quran

  • Baca Quran sering dikaitkan dengan rasa mengantuk atau rasa letih, terutama jika dibaca selepas waktu kerja atau makan.

 Apa perlu dibuat?:
✅ Pilih waktu yang sesuai – selepas Subuh atau selepas Asar biasanya masa terbaik.

✅ Jika rasa mengantuk, cuba baca sambil berdiri atau berjalan perlahan-lahan.
✅ Dengar bacaan Quran sebagai latar belakang untuk kekalkan fokus.

 

5. Tidak Faham Maksud Bacaan

  • Ramai orang kurang memahami maksud bacaan Al-Quran, menyebabkan bacaan terasa hambar dan tidak memberikan impak spiritual.

 Apa perlu dibuat?:
✅ Baca terjemahan Al-Quran sebelum atau selepas bacaan. Untuk permulaan ok sahaja untuk fokuskan kepada bacaan terlebih dahulu.

✅ Gunakan aplikasi Al-Quran yang menyediakan tafsir mudah difahami.
✅ Fokus kepada memahami tema utama setiap surah. 

————————————————

7 Tips Praktikal Khatam Al-Quran Untuk Newbie – Langkah Demi Langkah

Jika anda pernah gagal sebelum ini, kali ini kita akan susun strategi yang lebih realistik dan praktikal. Ikut langkah ini dengan istiqamah, inshaAllah anda boleh berjaya khatam Al-Quran dalam masa yang ditetapkan.

 Boleh cuba dalam masa berbaki Ramadhan yang ada. At least anda boleh istiqamah buat lebih baik dari tahun sebelum-sebelum ini. Kalau berbaki lagi 10 hari ni, ambil kesempatan untuk tambahkan bootser dan momentum esp dapatkan ganjaran 1000 bulan “Memburu Malam Lailatul Qadar”, in sha Allah. Usaha buat yang terbaik. Jika berjaya untuk habiskan dalam masa berbaki, Alhamdulillah Tahniah!

Jika sudah buat yang terbaik dan tidak berjaya juga, it’s ok, mungkin tahun ni adalah yang lebih baik dari tahun lepas? Alhamdulillah. Yang penting, usahakan sesuatu. Jadi, apa patut dibuat?

 

Langkah 1: Tetapkan Matlamat Realistik

➡️❤️ Mulakan dengan matlamat yang jelas dan boleh dicapai.

  • Jika anda baru pertama kali ingin khatam, mulakan dengan target 1 kali khatam dalam 30 hari.
  • Jika anda bermula di pertengahan Ramadan, target untuk khatam separuh dahulu dan sambung selepas Ramadan jika perlu.

Contoh:
✅ 1 juzuk sehari → Khatam dalam 30 hari
✅ 2 juzuk sehari → Khatam dalam 15 hari
✅ 3 juzuk sehari → Khatam dalam 10 hari

 

Langkah 2: Buat Jadual Bacaan Harian

➡️❤️ Bahagikan bacaan mengikut masa yang sesuai.

  • 1 juzuk = 20 muka surat
  • Jika ingin habiskan dalam sehari:
    ✅ Selepas Subuh → 4 muka surat
    ✅ Selepas Zohor → 4 muka surat
    ✅ Selepas Asar → 4 muka surat
    ✅ Selepas Maghrib → 4 muka surat
    ✅ Selepas Isyak → 4 muka surat

TIP: Kalau rasa letih, cukup sekadar 2 muka surat setiap kali selepas solat – dalam 30 hari pun boleh khatam!

Cuba anda set timer, berapa tempoh masa untuk anda habiskan 1 muka surat atau 1 helai (2 muka surat)? Average yang pernah saya test adalah sekitar 3-4 min. So bermakna, 4 muka surat, anda hanya perlu berikan masa dalam 10-15 minit sahaja. Lamakah?

Kalau anda rasa lama, cuba masa scroll Socmed, Tiktok ke, anda setkan timer 10-15 minit, anda rasa lama ke sekejap? Cuba nanti masa anda scroll Socmed, anda buat counting timer, sebenarnya anda habiskan masa di Socmed tu berapa lama? Percaya atau tidak kita banyak habiskan masa di Socmed paling kurang 1-2 jam tanpa sedar! So, lamakah untuk spent masa 10-15 minit untuk al-Quran? Sedangkan inilah the best “remedy” untuk jiwa dan diri kita yang banyak dosa.

 

Langkah 3: Guna Teknik Time Blocking

➡️❤️ Peruntukkan masa tertentu dalam rutin harian. Saya namakan ia sebagai Formula TM168. Detail caranya diajar dalam seminar Postgraduate Transformation Program (PTP) khas untuk mereka yang sambung Master PhD. Untuk kalini edisi Ramadhan, anda boleh follow apa yang saya share ni.

  • Tetapkan masa tetap untuk membaca Al-Quran setiap hari.
  • Pilih waktu paling tenang – contoh: selepas Subuh, selepas Asar atau sebelum tidur.
  • Pasang alarm / reminder sebagai peringatan supaya tidak terlepas waktu.

 

Langkah 4: Gunakan Timer 10-15 min untuk setkan masa membaca al-Quran

➡️❤️ Perasan tak, bila time baca al-Quran, kita rasa masa tu macam lamaaa sangat. Tapi, bila kita scroll Socmed, sedar-sedar dah sejam lebih kita scroll sana sini. Tau tak, 40- 1 jam tu sebenarnya kita dah boleh khatam 1 juzu’ al-Quran!

  • Cuba Setkan dulu 10 min. Fokus je pada bacaan selagi mana timer belum berbunyi.
  • Anda tahu tak, 1 juzu’, ada 20 muka surat (10 helai). Sebenarnya untuk habiskan satu muka surat sahaja dengan standard bacaan biasa, hanya mengambil masa dalam 2-4 min sahaja! Cuba anda try set timer kalau tak percaya. 
  • Jadi, sebenarnya, dalam 10-15 min, in sha Allah anda sebenarnya boleh habiskan.4-5 muka surat. So, 15 min + 15 min (30 min- extra max  dalam 40/50 min- let say 1 jam), anda boleh dapat 1 juzu’. 
  • Jika ada perkara lain perlu dibuat, tak dapat nak habiskan sekaligus dalam tempoh 1 jam tu pun tak apa. Isikan masa dengan letak tanda muka surat terakhir yang dibaca dan akan sambung pula selingan masa yang lain. Ingat, selingan masa tu (2-5 min) pun dah boleh dapat 1-2 muka surat.

 

Langkah 5: Dengar Bacaan Sebagai Bimbingan

➡️❤️ Jika tidak yakin dengan bacaan, takut merangkak ke, so cuba dengar bacaan Quran daripada Qari sebagai panduan. Pilih Qari yang bacaan dia standard, tak terlalu perlahan , tak terlalu cepat, supaya anda boleh dengar, tunjuk dan baca bersama-sama Qari tersebut.

Saya cadangkan Sheikh Saad Al-Ghamidi   atau Sheikh Maher al-Muaiqly atau Sheikh Mishary Rashed al-Afasy.

 

 

  • Aplikasi Quran seperti Quran Majeed atau Al-Quran Pro pun ok sangat membantu.
  • Ikut bacaan Qari tersebut dan perbaiki sebutan secara beransur-ansur. 

Langkah 6: Khatam Bersama Keluarga atau Kawan

➡️❤️ Bacaan secara berjemaah boleh memberikan motivasi tambahan. Cumanya, apa kata kali ni, kita tukar cara, bukan ambik bahagi juzu’ sorang sikit lepas tu kita claim kata dah khatam. Tak aci dan tak kira macam tu! Hehe.. Tapi, sebaliknya setiap orang mampu untuk khatam, habiskan keseluruhan al-Quran dalam bulan Ramadhan ni.

  • Ajak pasangan, anak-anak atau rakan-rakan untuk ikut serta.
  • Buat sesi bacaan beramai-ramai atau berseorangan pada waktu malam selepas terawih.

Langkah 7: Doa dan Mohon Pertolongan Allah

➡️❤️ Jangan lupa untuk sentiasa berdoa agar Allah permudahkan urusan dan memberikan kekuatan.

  • Baca doa sebelum dan selepas membaca Al-Quran:
    “Ya Allah, permudahkanlah aku untuk menghayati dan memahami kalam-Mu.”

 

Harapan Itu Masih Ada!

Jangan pernah rasa terlambat atau gagal. Setiap ayat yang anda baca dikira sebagai pahala walaupun belum sempat khatam sepenuhnya. Allah melihat setiap usaha kita, bukan sekadar hasil akhir. Apa yang penting ialah konsisten dan berusaha.

❤️ Semoga Ramadan kali ini menjadi Ramadan terbaik dalam hidup kita semua.
❤️ Mulakan sekarang – walaupun satu muka surat, itu sudah satu langkah ke arah khatam.
❤️Yakin pada Allah dan teruskan usaha!

“Siapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah, maka baginya satu kebajikan. Dan setiap kebajikan itu akan digandakan menjadi sepuluh kali ganda.” (Hadis Riwayat Tirmizi)

Anda dan kita semua boleh lakukannya! Mulakan hari ini dan kejar peluang ini sebelum Ramadan berakhir! In sha Allah Chayok2!

Selamat Beramal..!

 

P/S: Untuk anda yang nak dapatkan lebih detail caranya serta penerangan penting tentang Ramadhan, boleh rujuk buku  “Bagaimana Ramadan Bantu Postgrads Master PhD Transform Bigger & Further”. Boleh dapatkannya disini.

Salam hormat,

Mardiana Mat Ishak

Gombak

Dapatkan Email dan Tip-tip dari Smart Superwoman Percuma!

Daftar sekarang dan terima emel berkaitan SmartSuperwoman.com terus ke inbox anda!

I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )

*Kami juga membenci spam. Emel anda selamat bersama kami. Anda boleh berhenti langgan bila-bila masa sahaja.

Mardiana Mat Ishak

Mardiana Mat Ishak merupakan Mantan Pensyarah UIAM, Penulis, Woman's Work Life Balance Coach, Trainer, dan Speaker di 2M World a.k.a Dr Roket. Beliau sangat aktif menulis di blog, artikel dan buku tentang Cinta dan Perkahwinan, Wanita dan Kerjaya, Rumahtangga, dan Anak-anak, Dunia Master PhD bagi #MasterPhdMommy. Antara buku tulisan beliau "Bahagianya Menjadi Pengantin Sepanjang Masa", "Superwoman", "Dahsyatnya Doa Isteri", "Tuhan, Tempahkan Untukku Mahligai di Syurga", "20 Tips, Tricks & Truth for Master Ph.D Mommy & Graduate Before Time" (Free Ebook) dan terbaru ebook "Design Your RouTime in 2 Days". Kini beliau membuat e-Coaching untuk wanita yang mahu mempelajari Pelbagai Strategi, Formula, Teknik, Taktik dan Tip yang Sistematik, Praktikal & Produktif dalam mengurus rumahtangga dan kerjaya A-Z di SmartSupermom.com untuk menjadi wanita yang lebih produktif!.

Leave a Reply