PhD HLP KPT

Alhamdulillah Sabtu 19.7.25 baru-baru ni, saya & Dr Khairul kami pergi buat “terjah Viva” salah seorang Platinum Premier Dr Roket. Dr Zarina Ramli.

Tak sangka rupanya ada yang dapat biasiswa HLP, tapi beri nasihat “pergi dapatkan surat psikiatri supaya boleh berhenti sambung PhD.” Sedihnya

Saya dapat info ni masa interview beliau, salah seorang orang industri dalam bidang X-Ray yang baru selesai PhD, salah seorang penerima HLP.

Cerita PhD beliau..

Setahun selepas dapat HLP, yang dia ada cuma proposal 16 muka surat.

Ketika itu belum tandatangan rasmi terima HLP pun.

Dia dah keliru. Dah mula rasa nak give up. Rasa nak quit. Dikelilingi nasihat “baik stop je la…”

Tapi beliau bukan jenis tu. Beliau nak cari jalan keluar. Sebab peluang dah dapat depan mata. Kenapa nak disia-siakan.

Alhamdulillah Allah gerakkan hati dia ikuti live “Morning Doc” oleh Dr Mohd Khairul Nizam dan decide untuk hadir seminar Nak Ubah Tesis -NUT- (Nama kini- PTP- Postgraduates Transformation Program). Kat situlah titik perubahan berlaku.

Asalnya dia memang skeptikal. “Event apa ni? Tak nampak pun sangat macam mana ajar untuk tesis tu”

Tapi beliau dapat AHA beliau dengar results yang dikongsikan. Ada yang siap tesis 4bln, 6bln, habis PhD 2thn dll. MasyaAllah Tabarakallah.

Dari situ beliau nekad. Kalau orang lain boleh, kenapa dia tidak? Sebab proven success dah ada depan mata. Just follow track orang yang dah berjaya.

Ibarat masuk hutan yang dah ada track atau nak explore sorang-sorang?

Alhamdulillah. Dia nampak jalan. Dia nampak struktur yang jelas. Dia belajar secara lebih mendalam, step by step sebagai pelajar Platinum Dr Roket.

Hasilnya?

PhD siap dalam 2 tahun 5 bulan. Walaupun cuti belajar dia diberi 3 tahun.

Sekarang?

Bukan dia je yang gembira. SV dia sendiri minta student-student lain rujuk Dr Zarina untuk ikut cara yang dia ikut.

Cuma saya agak risau dan masih terfikir tentang ni- Dr Khairul juga selalu cakap tentang ni;

❓Kenapa sampai ada yang nasihat sanggup suruh mohon surat psikiatri (bagitau mental, stress, depress) hanya sebab nak berhenti PhD- dengan harapan valid reason diterima dan tidak dikenakan apa-apa tindakan?

Sebab mereka tak jumpa jalan yang mudah dan sistematik. Tak nak bagi peluang untuk diri cuba cara baru yang tak pernah mereka tahu.

❗️Bukan PhD yang susah sangat. Yang susah tu bila jalan gelap, tak nampak hala tuju, tak ada sokongan, dan tak tahu cara urus supervisor, thesis, masa, dan motivasi dengan betul.

Sedih bila ada yang dah dapat HLP tapi tak bersyukur pula. (Minta maaf terpaksa guna perkataan “tidak bersyukur” / tak hargai & ada usaha cari jalan untuk habiskan). Sebab peluang ni bukan semua orang dapat. Betul tak?

Kalau dari awal memang tak nak sambung belajar, kenapa mohon? Kesian orang lain.

Tahu tak ramai orang berjuang bertahun-tahun, buat rayuan 3–4 kali, menangis, berdoa nak dapat HLP tapi masih tak berjaya?

Yang kita dapat tu adalah amanah. Amanah duit rakyat. Amanah ilmu.
Jangan sia-siakan.

It’s ok. Jalan masih ada. Kalau anda rasa bersalah dari apa yang saya tulis dan nak buat come back, itu satu niat yang bagus! Allah dah detikkan tu. Segera cari solusi ya.

Kalau anda rasa PhD itu gelap dan sukar…

Kalau anda rasa stuck dan hampir nak give up…

Join PTP-Postgraduates Transformation Program. In sha Allah solusi cabaran masalah anda mungkin akan jumpa disni. Alhamdulillah, Ribuan pelajar Master & PhD dah dapat manfaat sejak 2016 (nama sahaja berubah). Nak daftar segera? Klik disini.

Nampak jalan dari awal. Tahu cara selesaikan step by step. Belajar bukan sekadar teori, tapi strategi betul-betul dari pengalaman yang terbukti.

P/S: Saya suka menulis & berkongsi. Nak lagi tips & sharing terus klik sini >> https://t.me/SmartSupermom

#DrRoket
#PTP
#PhDituMudah
#GraduateOnTime
#HLP #Biasiswa
#PostgraduateSupport

Dapatkan Email dan Tip-tip dari Smart Superwoman Percuma!

Daftar sekarang dan terima emel berkaitan SmartSuperwoman.com terus ke inbox anda!

I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )

*Kami juga membenci spam. Emel anda selamat bersama kami. Anda boleh berhenti langgan bila-bila masa sahaja.

Mardiana Mat Ishak

Mardiana Mat Ishak merupakan Mantan Pensyarah UIAM, Penulis, Woman's Work Life Balance Coach, Trainer, dan Speaker di 2M World a.k.a Dr Roket. Beliau sangat aktif menulis di blog, artikel dan buku tentang Cinta dan Perkahwinan, Wanita dan Kerjaya, Rumahtangga, dan Anak-anak, Dunia Master PhD bagi #MasterPhdMommy. Antara buku tulisan beliau "Bahagianya Menjadi Pengantin Sepanjang Masa", "Superwoman", "Dahsyatnya Doa Isteri", "Tuhan, Tempahkan Untukku Mahligai di Syurga", "20 Tips, Tricks & Truth for Master Ph.D Mommy & Graduate Before Time" (Free Ebook) dan terbaru ebook "Design Your RouTime in 2 Days". Kini beliau membuat e-Coaching untuk wanita yang mahu mempelajari Pelbagai Strategi, Formula, Teknik, Taktik dan Tip yang Sistematik, Praktikal & Produktif dalam mengurus rumahtangga dan kerjaya A-Z di SmartSupermom.com untuk menjadi wanita yang lebih produktif!.

Leave a Reply