Asbab al-Quran, result dari Math gagal kepada Cemerlang Tinggi.

Alhamdulillah Haza Min Fadhli Rabbi.

======

Saya dan suami sebenarnya agak keberatan dan kurang selesa untuk berkongsi cerita anak / family di socmed.

Kalau anda perasan, memang kami jarang share. Esp berkaitan result periksa. Atas banyak faktor & pertimbangan. Biasanya lebih banyak berkaitan business dan result orang lain.

Bila kami discuss, untuk kebaikan dan inspirasi ibubapa dan anak-anak yang lain, kami relakan jua.

Biar kita meriahkan di socmed dengan kisah kejayaan,  inspirasi & apa yang boleh ditiru bersama supaya tenggelam cerita-cerita negatif.

Saya faham, ada ibubapa yang lain pun agak segan & keberatan untuk berkongsi. Risau tentang penyakit “‘ain”, Takut orang kata “elleh macamlah anak dia sorang je dapat result tu. Ramai lagi yang bagus, tapi diam je, tak heboh satu dunia pun”.

Itulah, bila tak ramai yang sanggup untuk berhadapan dengan risiko situasi “orang kata” ni, kami perlu menjadi “mak pak sanggup” tu. Hehe. Kalau semua benda baik terpaksa disorokkan sebab risau “apa orang kata”, macam mana nak jadikan kebaikan boleh tersebar.

Semoga adalah kebaikan dan tempias kebaikan untuk yang lain. Amin.

Kita bukan setakat bagitau, tetapi yang lebih utama adalah apa moral of the story dan orang lain juga boleh buat, in sha Allah.

 

Apa yang saya kongsikan ini adalah mewakili golongan ibubapa yang anak-anaknya kategori biasa-biasa sahaja. Sekolah juga yang biasa-biasa. Mungkin sebab bukan tak minta, nak minta pun tak layak / tak dapat. Hehe. 

Pilihan sekolah mana itu adalah pilihan masing-masing. Ada struggle masing-masing. Setiap anak tidak sama kemampuan. Semua orang faham bab ini.

Cerita ini untuk anda yang seperti kami. Kami juga dulu kategori pelajar result biasa-biasa sahaja. Tapi ada cerita buat “come back”.

==== 

Setiap ibubapa mesti tahu dan faham anaknya macam mana kan. Dimana kekurangan & kelebihan mereka.

Kita pasti nampak apa perubahan pada mereka yang memberi kesan kepada hasil.

Pada saya, Result bukanlah sangat bukti kepada kepandaian atau bijaknya seseorang. Pandai Bijak itu subjektif. 

Result pada saya adalah hasil daripada usaha, kesungguhan dan banyak “kesanggupan”.

Kesanggupan untuk membuang sikap malas. 

Kesanggupan untuk membina habit +ve yang baru.

Kesanggupan untuk buat perkara yang kita tak pernah buat selama ni. 

Susah tu.

Saya berpegang kepada orang-orang berjaya ada “pattern” sikap +ve mereka.

Kalau sudah buat, tapi tak dapat juga, itu bukan rezeki namanya.

Syukur perjalanan dan penantian telah berakhir dan terjawab harini melalui result peperiksaan SPM 2024- 24 April 2025.

Semoga sedikit perkongsian ini boleh sama-sama membantu ibubapa yang akan turut sama berjuang untuk anak-anak SPM yang akan datang in sha Allah.

Untuk diri saya, jujur saya cakap. Saya hanya nampak “Miracle”- “kehebatan Allah & al-Quran”. AllahuAkbar.

 

Anak saya bukanlah kategori scorer bijak pandai. Biasa-biasa sahaja. Sejak tadika / sekolah rendah.

Result trial yang dia agak sedih (ada gagal), menjadi titik tolak perubahan “selekoh akhir” dengan result sebenar yang mengembirakan. MasyaAllah Tabarakallah.

Masa dalam kereta on da way dalam pukul 10am lebih masih berbaki 1 jam setengah nak sampai Penang. Dia gelisah dan menangis dalam kereta. Sengaja kami tak check online. Nak surprise. 

Uways kata Ust bagitau ada 5 orang dapat straight As. Dia sebut nama2 kawan  yang berpotensi. Nama dia, memang dia tak yakin. Tapi suspen. 

Sambil menangis, dia sebut “ummi, uways dah usaha untuk Math. Uways tak tidur lepas subuh buat latihan. Uways jumpa cikgu2 tanya yang tak faham.. ishh tak taulah result ni mcm mana ni..uways dah usaha.. “

“Umi: Takpalah in sha Allah..Apapun result Uways nanti, redha, sujud syukur Alhamdulillah. Itulah yang terbaik.. Kita musafir ni. Istighfar dulu.. baca Lailaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzalimin”.

 

Abi: Result dah keluar pun. Bukan boleh buat apa dah. In sha Allah mungkin Uwayslah yang terakhir ambil nanti. “Hero ni muncul last Uways”- Abi cuba berseloroh nak redakan keadaan. Syukur ja result apa yang Allah bagi nanti. Alhamdulillah..

Sampai2. Kawan dia tersebut, “Tahniah.. blabla..” Alamak..terkantoi hehe. 

Terus pergi ambil dari Ust. Muka cuak. Bila tengok ja result..Allahu Rabbi.. Jatuh terduduk. Sujud syukur. Menangis terharu. Dia sangat tak sangka. 

Kita faham perasaan bila kita tak pernah lulus. Tapi bila letak effort yang lebih, dapat keputusan yang diluar jangkaan, pasti akan menangis kegembiraan. 

Masa pi sekolah jumpa adik dia. Umayr pun terkejut & bersyukur dengan result abang dia.

 

Umayr: A.Uways buat macam mana boleh dapat result macam ni?

Uways:. A.Uways ikut apa yang umi pesan ja.

Mak ni kadang dah tak larat nak membebel (nasihat).

Cuma, dipihak saya sebagai ibu, Saya hanya mampu bagi dia harapan, tunjukkan jalan & doa yang berterusan. In sha Allah tiada yang mustahil.

Result UPSR dia dah pernah rasa “sakit kecewa” tu macam mana. “Uways sendiri happy tak tengok result tu (UPSR)?- yes syukur- tapi happy tak?”. Dia kata “Tak”.  Saya bagitau masa tu, ada lagi peluang akan datang esp SPM (PT3 tak ada). 

“Result SPM nanti akan kekal jadi sebahagian kisah sejarah hidup kita. Uways nak create sejarah yang macam mana?”

Saya ada bagi buku untuk dia baca “The Atomic Habits- James Clear”. Lepas habis baca Saya minta dia share apa yang faham dan apa perubahan kecil yang dia nak buat setiap hari. Masa masih ada untuk gandakan usaha. Saya minta dia tulis dalam 1 buku khas.

Dia Hadir seminar Postgraduates Transformation Program (PTP). Disini dia nampak bigger picture tentang halatuju education dari SPM sampai PhD- samada nak fokus academic atau non-academic. Tanam cintakan ilmu dan sentiasa suka untuk buat kebaikan.

 

Tuan Puan. Jujur saya bagitau. Kalau tuan puan risau dengan anak tak minat belajar dah, atau nak bagi booster untuk dia suka belajar dan nak teruskan sambung belajar sehingga ke peringkat tertinggi Master PhD (in sha Allah), jemput hadir PTP

Datang bersama anak. Tengok apa yang kita bantu & anda boleh support anak. Tak kisah samada dia minat belajar akademik atau tidak.

Bila dia nampak ending, baru dia tahu apa nak fokus semasa. Dalam PTP, bukan sahaja ajar untuk akademik, tapi sukses sebagai hamba Allah dalam kehidupan.

Dalam PTP, Bila ayah dia Dr Roket- Mohd Khairul Nizam  “membebel” di atas pentas di dalam program ni, berbeza bercakap nasihat berdepan biasa. Alhamdulillah, ada hikmah juga tu.

Uways kata dia buat beberapa perubahan kecil ni esp masa di asrama (apa yang saya nasihatkan)- antaranya;

  1. Lepas Subuh tak tidur. Pergi Morning Walk dulu. 

*Lepas subuh tak tidur pun dah jimat banyak masa. Jadi, tiada istilah tak cukup masa. 

*Usaha dengan stay up elakkan. Tapi usaha dengan ikhtiar bangun lebih awal(tidur awal), mulakan dengan bersihkan diri & solat tahajjud, doa dan al-Quran. 

  1. Buat latihan Math setiap hari walaupun sikit. Math yang paling dia risau. Jujur kata, merah memanjanglah tak pun G. 
  2. Hormat & jaga adab dengan guru. Jumpa Ust Ustz cikgu tanya apa yang tak faham.
  3. Baca al-Quran. Jaga al-Quran yang dah dihafaz. Haritu Allah bagi peluang dapat hafaz 30 juzu’ dalam masa 2 bulan 29 hari di AKMAL. Kemudian teruskan di sekolah SIQ + akademik. 

 

Kejayaan ini bukan hanya disatu pihak. Semua pihak sama-sama terlibat. Asbab sekolah dan pendidik yang berdedikasi.

Apa yang paling disyukuri adalah untuk dia istiqamah jaga solat jemaah di masjid/surau walaupun tanpa disuruh esp masa cuti sekolah. Di asrama memang dah berjemaah. Alhamdulillah ini yang paling disyukuri. 

Semoga terus istiqamah sampai bila-bila in sha Allah. (Ibubapa esp bapa perlu menjadi contoh juga dalam bab ni. Anak melihat contoh bapa mereka sejak kecil. Siapa yang dah buat, tahniah! Siapa yang belum, boleh mulakan sekarang bersama-sama)

Saya pernah sebut kat dia, “Ummi tak happy kalau result periksa Uways bagus, tapi tahajjud, Solat (jemaah), al-Quran, adab akhlak ke laut, tak jaga”. Kita faham, untuk istiqamah tahajjud ni bukan mudah, tapi kita boleh berusaha untuk buat. Kita sendiri pun kadang-kadang ada masa terlepas juga.

Pada saya inilah kejayaan yang paling utama & berharga.

“Jaga Solat, Jaga al-Quran, in sha Allah the rest serah kat Allah untuk uruskan (disamping usaha & doa)”

Tuan Puan jangan lupa pesan kepada anak-anak- samada dia dapat cemerlang atau tidak: Jangan melarikan diri dari cikgu. Tak perlu rasa malu rendah diri. Apatah lagi simpan dendam. 

Pergi jumpa semua guru (bukan hanya guru F5 yang ajar shj)- minta maaf dan ucap terima kasih kepada mereka. Minta mereka doakan. In sha Allah mereka akan rasa keberkatan dalam hidup mereka dimasa akan datang.

Saya juga berterima kasih kepada pihak sekolah SIQ, pengetua, guru-guru, ustaz ustazah yang bersungguh-sungguh bertungkus lumus membantu pelajar.

Kita faham, sekolah ni sekolah tahfiz biasa yang bukan SBP, MRSM dsb. Banyak kekangan & kekurangan fasiliti dll. Sekolah mana pun itu adalah pilihan masing-masing. 

Tetapi Alhamdulillah ia bukanlah penghalang. Di SIQ ada kelebihan lain. Semoga Allah ganjari para pendidik dengan sebaik-baik ganjaran. Amiin.

Moral of the story: Buat ibubapa dan anak-anak yang ada ups & downs, ini menjadi salah satu contoh bukti- kalau result mereka tak ok, nak buat “come back” itu tidak mustahil in sha Allah. Sekali gagal, tidak bererti gagal selama-lamanya. Dulu hanya dengar cerita orang, kali ini realiti didepan mata sendiri. AllahuAkbar.

Walaupun telah dapat result SPM sekarang, teruskan belajar dan jangan ada istilah putus asa dalam hidup in sha Allah. Lakarkan definisi kejayaan masing-masing untuk masa depan.

Alhamdulillah Haza Min Fadhli Rabbi.

P/S: Plan Asal hanya tengok online shj. Last min pukul 8am lepas Abi Live bertolak dari Gombak-Penang-Sepang-Gombak. Moments terakhir di sekolah mengambil results. 

Syabas dan Tahniah buat ibubapa dan anak-anak SPM 2024. Semoga terus sukes Dunia & Akhirat in sha Allah. Amiin.

==============

Video ni asalnya diambil hanya untuk simpanan kenangan sendiri sahaja. Untuk moments terakhir sebagai pelajar sekolah.

Siapa yang baca posting saya sebelum ni, boleh relate dengan kisah disebalik video ni. 

Semoga menjadi pendorong semangat untuk ibubapa dan anak-anak diluar sana yang sedang bergelut dengam anak pelajar kategori biasa-biasa sahaja ni . Yang result anaknya tak berapa bagus bila exam. Hehe 

Pesan pada mereka:

  1. Kita bukanlah nak kejar Result A tu semata-mata. At least ada target matlamat yang kita pegang. Tapi yang paling penting adalah proses yang dilalui itu yang lebih berharga. 
  2. Tidak ada yang mustahil dalam hidup. Asalkan kita tidak give up, cari solusi dan gandakan usaha. In sha Allah.

Cuba praktikkan 5 perubahan yang dikongsi dalam posting sebelum ni.

In sha Allah pasti boleh.

 

Link di Tiktok:

 

 https://vt.tiktok.com/ZSrw67BeU/

 

#spm2024 

#ummidenamoments

Dapatkan Email dan Tip-tip dari Smart Superwoman Percuma!

Daftar sekarang dan terima emel berkaitan SmartSuperwoman.com terus ke inbox anda!

I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )

*Kami juga membenci spam. Emel anda selamat bersama kami. Anda boleh berhenti langgan bila-bila masa sahaja.

Mardiana Mat Ishak

Mardiana Mat Ishak merupakan Mantan Pensyarah UIAM, Penulis, Woman's Work Life Balance Coach, Trainer, dan Speaker di 2M World a.k.a Dr Roket. Beliau sangat aktif menulis di blog, artikel dan buku tentang Cinta dan Perkahwinan, Wanita dan Kerjaya, Rumahtangga, dan Anak-anak, Dunia Master PhD bagi #MasterPhdMommy. Antara buku tulisan beliau "Bahagianya Menjadi Pengantin Sepanjang Masa", "Superwoman", "Dahsyatnya Doa Isteri", "Tuhan, Tempahkan Untukku Mahligai di Syurga", "20 Tips, Tricks & Truth for Master Ph.D Mommy & Graduate Before Time" (Free Ebook) dan terbaru ebook "Design Your RouTime in 2 Days". Kini beliau membuat e-Coaching untuk wanita yang mahu mempelajari Pelbagai Strategi, Formula, Teknik, Taktik dan Tip yang Sistematik, Praktikal & Produktif dalam mengurus rumahtangga dan kerjaya A-Z di SmartSupermom.com untuk menjadi wanita yang lebih produktif!.

Leave a Reply