Alhamdulillah 29 September 2024 (Ahad) baru-baru ni saya dan encik suami dijemput oleh pihak Akademi Al-Quran Amalillah (AKMAL) dalam Weekly Sharing mereka di TikTok.

Sejujurnya, saya agak segan untuk berkongsi di Tiktok AKMAL tentang Rahsia/Perjalanan Hafazan 2 bln 29 hari ni.

Risau dengan “apa orang kata” . Macam bagus sangat. Ingat semua ke.. Apa faedah untuk anak apabila cerita tentang anak kepada orang. Orang kata riak ujub. Nanti jadi perhatian. Dan pelbagai lagi yang dirisaukan. Astaghfirullahala’zim..

Tapi saya tanya balik diri saya / suami- Apa Niat untuk berkongsi tu?

Bila ingat balik. Hatta saya sendiri pun mendapat kesedaran cara didik anak dengan al-Quran ni pun asbab perkongsian orang lain. Alhamdulillah. Semoga berpanjangan pahala yang mereka & anak2 mereka dapat..

Alhamdulillah semalam hampir 2 jam sesi sembang santai bersama Ust Fakhrul.

Saya kongsikan LP yang disediakan oleh cikpuan Najwa Elia. Cepat betul! Terima kasih byk2.

 

Terima kasih pihak AKMAL, CEO Ust Saifullah Hussin atas jemputan perkongsian dalam weekly sharing. Semoga ada kebaikannya Dunia Akhirat..Amiin in sha Allah

P/S: Untuk tuan /puan yang nak dengar semula rakaman dari live tersebut, jemput tonton disini. Semoga bermanfaat dan ada kebaikannya untuk kita semua semua in sha Allah.

Saya doakan tuan /puan dan anak-anak dapat buat jauh lebih baik in sha Allah. Semoga Allah mudahkan mereka menghafal, ingat dan istiqamah menjaga hafalan dan beramal dengan al-Quran. Amiin

 

#akmalspeedtahfizprogramme #tahfizakmal #motivation #weeklysharing #tahfizmalaysia #hafiz30juz #30juzuk #masterphdmommy #drroket

Dapatkan Email dan Tip-tip dari Smart Superwoman Percuma!

Daftar sekarang dan terima emel berkaitan SmartSuperwoman.com terus ke inbox anda!

I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )

*Kami juga membenci spam. Emel anda selamat bersama kami. Anda boleh berhenti langgan bila-bila masa sahaja.

Mardiana Mat Ishak

Mardiana Mat Ishak merupakan Mantan Pensyarah UIAM, Penulis, Woman's Work Life Balance Coach, Trainer, dan Speaker di 2M World a.k.a Dr Roket. Beliau sangat aktif menulis di blog, artikel dan buku tentang Cinta dan Perkahwinan, Wanita dan Kerjaya, Rumahtangga, dan Anak-anak, Dunia Master PhD bagi #MasterPhdMommy. Antara buku tulisan beliau "Bahagianya Menjadi Pengantin Sepanjang Masa", "Superwoman", "Dahsyatnya Doa Isteri", "Tuhan, Tempahkan Untukku Mahligai di Syurga", "20 Tips, Tricks & Truth for Master Ph.D Mommy & Graduate Before Time" (Free Ebook) dan terbaru ebook "Design Your RouTime in 2 Days". Kini beliau membuat e-Coaching untuk wanita yang mahu mempelajari Pelbagai Strategi, Formula, Teknik, Taktik dan Tip yang Sistematik, Praktikal & Produktif dalam mengurus rumahtangga dan kerjaya A-Z di SmartSupermom.com untuk menjadi wanita yang lebih produktif!.

Leave a Reply