Saya nak share 5 nasihat peribadi untuk anda yang memasang impian untuk berhenti kerja.
Ada kawan tanya, “Mar macam mana lepas berhenti kerja dan duduk rumah sekarang ni?”
Erk. “Alhamdulillah ok”. Susah nak jawab. Sebab saya berhenti kerja, dan bukan “duduk rumah sahaja”.
Sebenarnya, saya nak jawab tu pun macam tak dak jawapan. Hehe.
Sebabnya saya rasa life lebih kurang sama saja dengan masa saya masih bekerja.
Apa yang beza hanyalah saya tidak ada kelas, timing macam jadual kelas dulu. Tidak terlibat dengan aktiviti yang melibatkan pengajaran & pembelajaran di UIA.
Urusan ambil hantar anak sekolah, ajar dan didik anak dengan My “Home School” model “Integrated Educating (Islamic+Lifeskills)” , urusan kemas rumah, masak makan minum, baju tak ada bakul menimbun dan lain-lain sama sahaja seperti masa bekerja. Alhamdulillah. Hehe.
Oh rupa-rupanya ada yang faham bila dah berhenti kerja life jadi kosong, boring, tak ada benda nak buat, hidup hany berkisar 24 jam rumah & anak-anak, boleh relaks-relaks santai, ada juga yang rasa Me Time dah tak ada, dan macam-macam lagi.
Apa yang saya boleh kongsikan dengan rakan-rakan yang mahu libatkan diri dalam apa sahaja business sendiri atau nak berhenti kerja atas apa jua faktor dan alasan. Mungkin yang sudah resign berhenti kerja mahu fokus kepada apa yang nak dibuat, nasihat dari sedikit pengalaman ni:
- Business perlukan fokus dan komitmen yang jauh lebih besar berbanding makan gaji. Maksudnya, kalau dengan cara sibuk sekarang (dengan makan gaji) kita dah rasa overwhelm, hectic semacam, jadi untuk bekerja sendiri ni, sebenarnya 10x ganda. Ha, berani tak?
2. Business perlukan Disiplin yang sangat ketat untuk diri.
Mungkin ada yang ingat bila business sendiri, boleh suka hati nak bangun tidur mulakan kerja, mandi pukul berapa tak kisah. A Big NO! Disiplin ini melibatkan Masa. Setiap minit detik waktu tu sangat berharga.
3. Perlu ada Sistem dan Strategi
Sebenarnya kalau ada sistem dan strategi dalam urusan yang melibatkan selok belok urusan rumah dapat diselesaikan, insyaAllah yang sebenarnya hanya melibatkan 10%-20% sahaja urusan rumah yang kita rasa serabut tak pernah habis tu, biasanya benda rutin kita mak-mak isteri ni. Maksudnya, the rest 80% kita boleh buat apa sahaja yang kita nak dan suka yang bukan rutin. Saya pun masih lagi improve part ni.
4. Take a Break
Kerja takkan pernah habis. Kalau rasa otak tepu, stuck, keluar dari perkara rutin dan buat sesuatu hobi atau apa-apa aktiviti yang bukan rutin.
5. Business bukan untuk semua
Sebelum ni saya tak berapa faham bila orang cakap Business ni bukan untuk semua. Sekarang baru saya faham. Ya sangat setuju. Sebenarnya semua orang boleh berniaga tapi tak semua boleh berbisnes. Dua perkara yang hampir sama, tapi berbeza. Memang betullah apa yang orang sebut, hanya untuk yang “sanggup” dan berjiwa “kental”. Tahu apa kekuatan dan kelemahan kita. Semua boleh berniaga atau berbisnes jika belajar dan sentiasa upgrade ilmu.
5 perkara di atas ni juga sesuai untuk semua, samada bergelar ibu bekerja, ibu surirumah, ibu WAHM, ibu businesswoman, ibu sambung belajar (Degree, Master, PhD) etc. Sebenarnya kan, saya tak berapa suka nak asingkan golongan ibu-ibu wanita kepada pecahan bahagian macam tu, sebab pada saya isteri dan ibu itu tetap as ONE.
Alhamdulillah diam tak diam, sudah 5 tahun lebih saya berhenti kerja (2018-2023).
Gambar selepas hantar surat resign 1 Mei 2018 (kalau tak silap)
Tapi kan, lepas berhenti kerja ni saya rasa macam laaaagi banyak benda nak buat dan tak menang tangan! Rasa macam lagi busy. Percaya? Itulah hakikatnya. 🙂
Alhamdulillah tak perlu serabut pada 10%-20% tadi, sebab dah setel. InsyaAllah boleh fokus 80% tadi pula.
Dulu masa masih bekerja, anak-anak akan ikut saya ke office, ada ketikanya terpaksa bawa masuk kelas duduk di bahagian belakang dalam kelas, dengarlah saya mengajar atau buat apa-apa. (Umur lingkungan 5thn- 11 thn)
Lepas ambil mereka dari sekolah, mereka akan ikut saya ke office. Selingan waktu yang ada kenalah pantau juga homework dan semak hafazan (projek hafazan di rumah).
Mereka main bola, kejar-kejar dengan kawan di depan office saya. Waktu solat mereka ke Masjid UIA sebelah tu sahaja.
Ya Allah, sekejap sangat rasa. Sekarang dah 16 tahun pun Uways dan Umayr 13thn.
Doakan semoga anak-anak ini menjadi saham akhirat buat ibubapa mereka. Menjadi pemimpin dikalangan orang-orang yang beriman. Amiin in sha Allah.
.
Saya suka menulis & berkongsi. Nak lagi tips & sharing terus klik sini >> https://t.me/SmartSupermom.
Dapat sesuatu dari posting ni? Ada nak tanya soalan? Nantikan posting akan datang Tips sebelum resign berhenti kerja.


















