Bermimpi menjadi jutawan adalah idaman ramai, tetapi tidak semua orang tahu rahsia kejayaan menjadi jutawan senyap. Biasanya mereka ni nampak “biasa-biasa” sahaja. Orang tak tahu pun yang sebenarnya mereka adalah jutawan! Walaupun mereka tidak tunjuk.  “Kaya dan mewah” itu juga adalah subjektif dan berbeza bagi sesetengah individu.

 

 

Di sebalik kisah kejayaan mereka, terdapat beberapa persamaan. Nak jadi jutawan senyap seperti mereka? 🙂

Nah saya kongsikan lima petua menjadi jutawan senyap yang boleh anda pertimbangkan:

 

 

  1. Bijak dalam Pelaburan: 

Salah satu kunci utama menjadi jutawan senyap ialah dengan pelaburan yang bijak. Ini bermaksud, kita tidak hanya bergantung kepada pendapatan bulanan semata-mata, tetapi ambil sedikit sebahagian daripadanya untuk dilaburkan. Jika tidak mampu, boleh jana pendapatan sampingan dengan mulakan perniagaan online atau belajar menjadi Dropship, Ejen atau Affiliate tanpa modal pun (atau dengan sedikit modal). Income tersebut kemudian boleh dilaburkan. Pelbagaikan portfolio pelaburan anda supaya kurang risiko dan potensi keuntungan meningkat.

2. Sentiasa Upgrade Diri: 

Saya jumpa ramai jutawan, samada yang dikenali atau Jutawan senyap suka dan terus belajar untuk mengembangkan diri. Mereka suka membaca buku, mengikuti kursus, dan menghadiri seminar untuk meningkatkan pengetahuan dan pelbagai jenis skills (kemahiran). Sikap sentiasa nak upgrade diri inilah yang menjadikan diri mereka berbeza dari orang lain.

3. Fokus kepada Solusi: 

Jutawan senyap ni mereka tidak hanya melihat masalah adalah masalah. Sebaliknya masalah adalah peluang. Malah setiap masalah akan diberi fokus kepada mencari penyelesaian (solusi). Mereka melihat peluang di tengah-tengah cabaran dan mencari cara untuk mengatasi apa sahaja halangan. Sikap ini bukan hanya membina mental yang kuat, tetapi juga membantu dalam mencipta nilai tambah yang diperlukan untuk sebuah kejayaan.

4. Membina Rangkaian (Networking) yang Kuat: 

Mempunyai rakan-rakan (circle), Membina rangkaian yang kuat merupakan salah satu aspek penting dalam perjalanan menjadi jutawan senyap. Bertemu dengan individu yang berkongsi visi dan matlamat yang sama boleh memberikan peluang untuk bekerjasama dan berkolaborasi. Rangkaian yang baik boleh membuka pintu kepada peluang baru yang mungkin tidak akan kita temui seorang diri. Kita juga boleh belajar “cara fikir” mereka yang berjaya ini. Pasti kita rasa lain apabila bercakap dengan mereka!

5. Disiplin dalam Pengurusan Kewangan: 

Ha.. ini sangat penting! Pengurusan kewangan yang baik adalah kunci dalam mencapai kejayaan kewangan seterusnya menjadi jutawan senyap in sha Allah. Buatlah macam mana sekalipun untuk tambah income, tetapi jika tidak dijaga dengan baik, semuanya akan menjadi sia-sia. Jutawan senyap mempunyai disiplin yang tinggi dalam menguruskan perbelanjaan, membuat anggaran, dan mengawal hutang. Mereka memberi keutamaan kepada pelaburan jangka masa panjang berbanding jangka pendek (kesenangan segera). Sikap ini akan membolehkan wang mereka berkembang secara berterusan.

Ok, last sekali. Dalam usaha mencapai kejayaan kewangan untuk diri, keluarga dan masyarakat, ingatlah bahawa kesabaran dan ketekunan adalah kunci segala-galanya. Tidak ada jalan pintas untuk menjadi jutawan senyap. Elakkan terjebak dengan skim cepat kaya. Ia hanya akan berubah menjadi Skim Cepat Lingup! Na’uzubillahiminzalik. Biarlah kita bersusah payah dahulu untuk mencapai kemanisan di kemudianhari. In sha Allah.

Buar rakan-rakan pembaca yang ingin belajar bagaimana untuk menjana side income dengan berniaga secara online samada sebagai Dropship, Ejen, Affiliate, saya sangat recommend untuk anda belajar step by step dari rakan saya ini. Siri Kelas Online 14 Days Dropship bersama Poknik. Semoga membantu!

Dapatkan Email dan Tip-tip dari Smart Superwoman Percuma!

Daftar sekarang dan terima emel berkaitan SmartSuperwoman.com terus ke inbox anda!

I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )

*Kami juga membenci spam. Emel anda selamat bersama kami. Anda boleh berhenti langgan bila-bila masa sahaja.

Mardiana Mat Ishak

Mardiana Mat Ishak merupakan Mantan Pensyarah UIAM, Penulis, Woman's Work Life Balance Coach, Trainer, dan Speaker di 2M World a.k.a Dr Roket. Beliau sangat aktif menulis di blog, artikel dan buku tentang Cinta dan Perkahwinan, Wanita dan Kerjaya, Rumahtangga, dan Anak-anak, Dunia Master PhD bagi #MasterPhdMommy. Antara buku tulisan beliau "Bahagianya Menjadi Pengantin Sepanjang Masa", "Superwoman", "Dahsyatnya Doa Isteri", "Tuhan, Tempahkan Untukku Mahligai di Syurga", "20 Tips, Tricks & Truth for Master Ph.D Mommy & Graduate Before Time" (Free Ebook) dan terbaru ebook "Design Your RouTime in 2 Days". Kini beliau membuat e-Coaching untuk wanita yang mahu mempelajari Pelbagai Strategi, Formula, Teknik, Taktik dan Tip yang Sistematik, Praktikal & Produktif dalam mengurus rumahtangga dan kerjaya A-Z di SmartSupermom.com untuk menjadi wanita yang lebih produktif!.

Leave a Reply