Jujur, saya pernah ada moment ni ketika bergelar pelajar PhD. Lepas Viva jadi frust, give up dan hampir nak Quit! Isu apa, saya taknak cerita disini. Waktu tu, tengok tesis pun rasa loya nak termuntah.
Encik suami sebagai penasihat sejati banyak bagi sokongan dan dorongan, Alhamdulillah.
Isu macam ni boleh dikatakan dirasai oleh hampir kebanyakan pelajar Master PhD. Sebab tu, kita biasa dengar ada orang yang berhenti belajar separuh jalan samada sebelum Viva lagi atau selepas Viva.
Dalam mencari kekuatan, saya tak sentuh tesis untuk correction agak lama. Seingat saya ada kot dalam 2-3 bulan.
Saya ambil masa muhasabah balik. Tenang dan fikir secara rasional, bukan emotional.
Saya hanya ada dua pilihan didepan saya:
- Saya pilih untuk QUIT. Maka sia-sialah segala jerit perih, susah payah, segala pengorbanan masa, tenaga, suami anak-anak, keluarga yang telah mereka berikan untuk saya selama 3-4 tahun tempoh belajar tersebut.
2. Saya pilih untuk SABAR & HABISKAN. In sha Allah biar saya habiskan apa yang telah saya mulakan ini dengan ending yang menggembirakan, walaupun “luka parah cedera satu badan”. Mudah-mudahan terbayar juga akhirnya segala penat lelah dan segala pengorbanan masa, tenaga, suami anak-anak, keluarga. Saya taknak padamkan impian hasrat orang-orang tersayang- ayah, mak, mertua, suami & anak-anak. Ambil masa fikir balik kenapa saya sambung dulu.
Kalau saya pilih yang pertama, saya akan sedapkan hati dengan berkata, “It’s ok, setiap orang ada rezeki masing-masing. Rezeki saya setakat ini sahaja. Saya dah tak lalu nak hadap lagi semua benda ni. Cukuplah. PhD bukan untuk saya”.
Kalau saya pilih yang kedua, saya hanya ada SATU LANGKAH sahaja lagi daripada 1001 langkah yang telah berjaya saya harungi selama ni. Kalau 1000 langkah saya berjaya, kenapa tidak hanya lagi satu ni?
Alhamdulillah saya buat istikharah samada nak quit atau teruskan. Segala “masalah” tersebut saya hanya serahkan kepada DIA. Kemudian ambil masa tempoh bertenang, mula cari solusi untuk “masalah” tersebut. Saya mulakan sedikit demi sedikit untuk buat correction.
Sebenarnya Waktu tu encik suami memang dah start buat program Master PhD Roket. Dari apa yang beliau ajar, saya juga secara tidak langsung mendapat tempias. Saya lihat depan mata saya kes yang lebih berat. Isu saya tidaklah berat mana. Saya juga tak nak malukan beliau, “suami ajar cara tulis tesis, siapkan Master PhD, tapi isteri sendiri tak habis?”. Ini juga menjadi salah satu push factor untuk saya tetap habiskan.
Alhamdulillah selepas “cabaran” itu berjaya dilalui, syukur Alhamdulillah akhirnya saya tamatkan juga PhD dan Konvo pada tahun 2018. Terima kasih kepada SV, Co-SV, semua Examiners & rakan-rakan seperjuangan.
Apa yang saya boleh ringkaskan dari kisah pengalaman saya yang tak seberapa ni:
1) Perjalanan habiskan Master PhD ni bukan cerita kita pandai atau tidak dalam bab teknikal penulisan tesis, journal, artikel dsb. Ini satu bab. Bab Akademik.
2) Sebaliknya ia adalah kisah cabaran M.E (Mind & Emotion) kita. Walau apapun isu yang kita hadapi. Trauma. Lowest point. Isu “SV dari neraka” (ini istilah yang sering disebut oleh pelajar PG yang ada isu dengan SV), Isu dengan examiner, isu dengan pasangan, isu dengan keluarga, isu dengan rakan sekerja dll. Ini Bab Personal-Life.
3) Fasa cabaran M.E inilah yang sering dihadapi oleh kebanyakan pelajar Master PhD dan ada yang angkat “bendera putih”- menyerah kalah. Kalau mereka tidak dapatkan solusi, maka ceritanya habis disitu. Namun, bagi mereka yang buang ego, buang malu, buang give up, masih ada niat nak habiskan juga, maka berdoalah!. Pasti Allah akan datangkan solusi dan jalan keluar. in sha Allah
4) Banyakkan dengar kisah-kisah orang berjaya. Bagaimana mereka harungi segala cabaran. Jika otak kita melihat hanya yang ada masalah dan -ve, maka otak kita akan start percaya bahawa Master PhD ni memang susah dan sentiasa ada masalah.
5) Tapi kalau kita banyakkan melihat, mendengar dan membaca cerita best dan happy journey dalam Master PhD (walaupun hakikatnya pasti ada cabaran, bagaimana mereka keluar dari cabaran tersebut), in sha Allah kita akan terpalit pada yang positif.
6) “Ibarat Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita”. Begitulah.
7) Jika anda rasa down, boleh tonton beberapa kisah jatuh bangun pelajar Master PhD ni sebagai inspirasi. Alhamdulillah:
1- Kisah Tinggalkan Pengajian PhD Di Scotland, berjaya dengan PhD kedua dan telah bergelar pensyarah: https://www.youtube.com/watch?v=qXEpilfJ-6M
2- Kisah 8 tahun tesis tersangkut, walaupun banyak hadiri kelas teknikal tulis tesis, akhirnya tamat juga PhD: https://www.youtube.com/watch?v=fMfyWtnAHfY
3- PD without correction, telah lost, stress melampau sampai vertigo, tesis tak bergerak dan sakit kronik, akhirnya berjaya mendapat tesis cemerlang UM: https://www.youtube.com/watch?v=Uyby-lqYkqA
Buat rakan-rakan seperjuangan. Ingat kata-kata keramat ini: “Winners Never Quit & Quitters Never Win”. Mudah-mudahan ia menjadi satu kekuatan untuk kita stay focused dan tabah dalam berhadapan dengan apa sahaja cabaran (masalah) in sha Allah.
Semoga kekuatan kita sebagai ibu / bapa menjadi pendorong semangat untuk anak-anak pula. Supaya mereka dapat melihat dan faham bahawa tiada istilah penat dan give up dalam menuntut ilmu. Amiin
Semoga perkongsian saya ini membantu rakan-rakan yang sedang berhadapan cabaran yang sama.
Wallahu’alam.
Salam Hormat,
Mardiana Mat Ishak
Gombak
P/S: Saya izinkan untuk anda berkongsi dengan rakan-rakan Postgraduates yang sedang berhadapan dengan cabaran kritikal seperti ini. Semoga ada sinar buat mereka. Amiin













