3 Pengajaran Penting dari Kisah Adik Rayyan Morroco yang jatuh ke dalam perigi sedalam 32 meter

Rayyan: (Maksudnya) Kepuasan/ pintu syurga utk orang yang berpuasa

Sebutan Bahasa Arab: رَيَّان (Rayyaan)- ada syaddah atas Ya, ada Alif selepas Ya

Sebutan cara orang putih (Rayen)

Kita yang Islam, kita sebutlah cara sebutan Islam, lebih kena dengan maksud sebenar sebutan.

Saya mendapat berita adik Rayyan, 5 tahun yang jatuh ke dalam perigi masa hari ke 3, masih bernyawa. Dupdapdupdap. Tiba-tiba teringatkan anak sendiri. Allah..

Apa 3 pengajaran penting yang saya sendiri merenung panjang buat muhasabah diri:

  1. Kerdilnya Manusia, Hebatnya Allah sang pencipta

Usaha & Ikhtiar=Hasilnya Allah jua.

Kita dapat lihat, ternyata kudrat usaha sebagai manusia ini tersangatlah kerdil dan lemah. Allah sahaja yang mengizinkan baik buruk (pandangan kita) sesuatu perkara itu berlaku dengan penuh hikmah.

Usaha & Ikhtiar Non Stop dilakukan oleh segala experts & teknologi dari serata dunia tidak mampu menandingi Allah yang satu.

Kalau dah tau akan mati, tak perlu gigih sangat. Tidak.

Masing-masing gigih, berhempas pulas siang dan malam tetap berusaha keras menyalurkan segala bentuk bantuan dan teknologi yang ada.

Secara logik akal. Takkanlah dalam ramai-ramai experts tu, langsung seorang pun tidak mendapat idea atau ilham untuk keluarkan dari arah atas macam pancing, guna teknologi robot untuk sambung bahagian yang turun tak muat tu. (Macam cerita India yang viral keluarkan anak masuk perigi dari bahagian atas dia terjatuh). Tidak. Asbab sahaja.

Akhirnya, “Kun Fayakun”  (Allah kata jadi, maka jadilah”. Adik Rayyan selamat juga kembali kepada penciptanya.

Begitulah kita, kadang-kadang kita takut untuk ambil sesuatu tindakan kerana risaukan hasil. Kita kecilkan usaha. Sedangkan kita tidak tahu lagi penghujungnya.

Pengajarannya disini buat kita semua, usah takut dengan hasilnya apa. Allah pandang segala usaha kita.

Pahala yang Allah akan berikan itu adalah daripada setiap inci dan zarah usaha yang kita lakukan. Hasil “magic” “miracles” setelah usaha, segala apa yang kita impikan itu hanyalah “bonus” semata-mata.

Samada Allah izinkan ia berlaku selari dengan harapan kita atau sebaliknya. Kedua-duanya pasti ada hikmah, Alhamdulillah, syukur sahaja.

  1. Kasih Sayang & Doa Merentasi sempadan Agama & Negara

Siapa kata kita tidak boleh bersatu dalam satu misi yang sama? Ia benar. Hanya untuk mereka yang boleh bersatu hati dan misi sahaja.

Apa kebaikan ibubapa Rayyan dan anaknya yang membuka jiwa seluruh Dunia bersatu hati dengan “sayang & bantuan tanpa sempadan”. Seluruh dunia mendoakan mereka.

  1. Syurga itu Mahal

Syurga itu tinggi nilainya. Banyak “saluran” Allah pilih manusia untuk ke syurgaNya.

Ada orang Allah uji dengan dugaan yang amat berat dalam hidup. Dia Sabar & Redha.

Ada orang Allah jemput dengan sangat mulia & mudah, ketika Sujud, Solat dan rebah.

Untuk si anak kecil Rayyan yang tiada dosa ni pun Allah berikan “ujian berat” untuk masuk syurga. Terperangkap dan masih bernyawa di dalam perigi. Apatah lagi kita yang dewasa.

Allah mengangkat darjat si Ibu bapa sekelip mata. Sebelum ini siapa pun  tidak kenal mereka. Tetapi satu dunia mendoakan kesejahteraan buat mereka. Allah.. Apa amal soleh tersembunyi yang mereka lakukan. Pahala buat mereka.

Bagaimana pula dengan kita?

Semoga Allah kurniakan kebaikan Dunia Akhirat buat Ibubapa Adik Rayyan dan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik.

ﺇِﻧَّﺎ ﻟِﻠَّﻪِ ﻭَﺇِﻧَّﺎ ﺇِﻟَﻴْﻪِ ﺭَاﺟِﻌُﻮﻥَ اﻟﻠﻬُﻢَّ ﺃْﺟُﺮْهُمْ ﻓِﻲ ﻣُﺼِﻴﺒَﺘِهِمْ، ﻭَﺃَﺧْﻠِﻒْ ﻟَهُمْ ﺧَﻴْﺮًا ﻣِﻨْﻬَﺎ

Ya Allah berilah pahala atas musibah mereka dan berilah ganti yang lebih baik daripada musibah ini.

Buat sahabat rakan semua yang sedang diuji, semoga Allah kurniakan kebaikan Dunia Akhirat buat anda. Kunci Sabar & Redha.

Mudah-mudahan ia menjadi salah satu “saluran” Syurga buat kita. In sha Allah

Allah “selamat”kan adik Ar-Rayyan dari fitnah dunia.

Dapatkan Email dan Tip-tip dari Smart Superwoman Percuma!

Daftar sekarang dan terima emel berkaitan SmartSuperwoman.com terus ke inbox anda!

I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )

*Kami juga membenci spam. Emel anda selamat bersama kami. Anda boleh berhenti langgan bila-bila masa sahaja.

Mardiana Mat Ishak

Mardiana Mat Ishak merupakan Mantan Pensyarah UIAM, Penulis, Woman's Work Life Balance Coach, Trainer, dan Speaker di 2M World a.k.a Dr Roket. Beliau sangat aktif menulis di blog, artikel dan buku tentang Cinta dan Perkahwinan, Wanita dan Kerjaya, Rumahtangga, dan Anak-anak, Dunia Master PhD bagi #MasterPhdMommy. Antara buku tulisan beliau "Bahagianya Menjadi Pengantin Sepanjang Masa", "Superwoman", "Dahsyatnya Doa Isteri", "Tuhan, Tempahkan Untukku Mahligai di Syurga", "20 Tips, Tricks & Truth for Master Ph.D Mommy & Graduate Before Time" (Free Ebook) dan terbaru ebook "Design Your RouTime in 2 Days". Kini beliau membuat e-Coaching untuk wanita yang mahu mempelajari Pelbagai Strategi, Formula, Teknik, Taktik dan Tip yang Sistematik, Praktikal & Produktif dalam mengurus rumahtangga dan kerjaya A-Z di SmartSupermom.com untuk menjadi wanita yang lebih produktif!.

Leave a Reply