Di Antara punca calon Master PhD tidak boleh habiskan pengajian mereka atau terpaksa drag sehingga lebih 5-10 tahun lamanya biasanya disebabkan kesibukan, komitmen dan cabaran yang pelbagai.
.
Antara rungutan yang biasa didengari;
.
“Saya busy, tiada masa nak fokus tulis tesis”
“Saya tiada cuti belajar, susah nak fokus tesis”
“Komitmen saya banyak, saya tak boleh tulis tesis”
.
Ya, kita mempunyai 24 jam sehari. Namun, Pernah tak kita bertanya bagaimana mereka yang busy boleh lakukan? Daripada kita terus membuat konklusi, “Jangan bandingkan saya dengan mereka, mereka bolehlah bla bla bla…”, “Journey Master PhD saya tidak sama…”.
[vc_single_image image=”3704″ img_size=”MEDIUM” alignment=”center”]
[vc_single_image image=”3784″ img_size=”MEDIUM” alignment=”center”]
Pernyataan yang biasanya kita stop disitu dan kita tidak bertanya bagaimana mereka lakukan dan apa yang boleh kita adjust dan sesuaikan dengan situasi kesibukan kita.
.
Izinkan saya share 2 kisah inspirasi ini. Kalau anda kata anda busy, mereka juga busy. Mereka ini juga menggalas banyak komitmen dan tanggungjawab.
Mereka juga sama sahaja seperti orang lain. Komitmen untuk keluarga sebagai anak, isteri dan ibu, Pensyarah dengan pelbagai jawatan dan amanah, Business, pelajar PhD juga dan beberapa amanah lain lagi.
.
1) Ts Dr Nur Hidayah Ahmad (PhD in Project Management, USM)- Viva pada 15 Feb 2022- Tesis Cemerlang Skala 1 USM .
(Tajuk tesis: Development Of Supply Chain Management Framework For Building Information Modelling Implementation In Public Sector Construction)
Business: Constructions (MH Great Ideal Construction- Dr Sesiku)
Status PhD: Graduate Before Before Time (GBBT)! Siap dapat cuti extra! Wah best kan?
[vc_single_image image=”3702″ img_size=”FULL” alignment=”center”]
[vc_single_image image=”3713″ img_size=”FULL” alignment=”center”]
2) Ustzh Dr Hasiah Mat Salleh CrmpJr (PhD Syariah Law)- Viva pada 20 April 2022- Tesis Cemerlang UM.
(Tajuk tesis: Pembangunan Model Perlindungan Hak-hak Warga Emas Dari Pengabaian Menurut Perundangan Islam Di Malaysia)
Business: Lawyer Firm (Hasiah Salleh Assoc)
Status PhD: Graduate On Time (GOT)!
.
Mereka ini juga sebelum ini mempunyai pelbagai cabaran tersendiri.
.
Ts Dr Hidayah sendiri masa Master, 5 tahun dengan Major Corrections. Cabaran untuk menguruskan masa dengan anak, keluarga, kerja, study dsb. Pengalaman ngeri dulu beliau berazam untuk tidak mengulanginya semasa PhD.
.
Ustzh Dr Hasiah pula, pengalaman melihat rakan sekerja yang sambung PhD sehingga sampai 8, 14 semester membuatkan beliau nekad untuk memulakan PhD dengan ilmu.
.
.
Saya kongsikan apa tindakan betul yang mereka telah lakukan sehingga journey PhD mereka dilalui dengan sangat manis dan indah, bukan lagi, “journey berpuaka” dan “tidak happy”.
.
Pengakhirannya, Viva yang sangat “delicious” a.k.a VIVAlicious, result tesis mereka dikecapi dengan nikmat “Tesis Cemerlang”. Syukur, Alhamdulillah. (Kalau anda rajin, boleh tonton semula rancangan “Bising Viva” sebelum ini ).
[vc_single_image image=”3785″ img_size=”FULL” alignment=”center”]
[vc_single_image image=”3786″ img_size=”MEDIUM” alignment=”center”]
1. Sambung PhD dengan persediaan
Alhamdulillah dengan Ilmu Pengurusan Tesis (Thesis Management) telah membuatkan mereka masuk dunia PhD dengan Ilmu dan Persediaan. Ustzh Dr Hasiah pernah join Dr Roket pada tahun 2017 (Seminar Master Phd Roket di KIP Hotel). Ts Dr Hidayah join tahun 2018 (Seminar GEMPUR a.k.a Nak Ubah Tesis (NUT). Proses yang bermula dengan ilmu dan persediaan ini yang telah memandu mereka dari semasa ke semasa sehingga keluar pintu bilik Viva dengan indah.
2. Bina hubungan baik dengan SV
Orang penting yang akan guide dari aspek kajian tesis, teknikal, academic part adalah SV / Co-SV. Mereka kerap merujuk SV dan tidak melarikan diri dari SV. Kita adalah “driver” kepada tesis kita sendiri dan SV hanya membantu untuk guide.
3. Ada Mentor
Mentor tidak semestinya SV. SV tidak semestinya Mentor. Ada SV yang bertindak sebagai Mentor, ada juga yang tidak. Anda perlu faham juga keadaan dan situasi komitmen SV masing-masing. Sebab peranan SV dan Mentor berbeza. Mentor akan tunjukkan jalan “short cut” untuk capai apa yang kita nak capai. Mereka akan guide supaya kita tidak “jatuh lubang” yang sama seperti orang lain.
4. Amal Ilmu “Thesis Management”
Tak ramai pelajar Postgrad tahu tentang ilmu pengurusan tesis ini. Disebabkan kesibukan, mereka belajar skill, strategi mengurus PhD cara orang Sibuk untuk Graduate On Time (GOT) / Graduate Before Time. Mereka amalkan Ilmu NUT untuk jaga aspek Life & Academic supaya seimbang. Realitinya, PhD is all about “Life”.
5. Ada Circle
Mereka mempunyai circle “Platinum”. Circle +ve yang sentiasa akan bercakap tentang kejayaan. Circle yang sentiasa utamakan untuk menjaga hubungan yang ada dengan orang sekeliling (keluarga, rakan, guru dsb). Mereka tidak merasakan PhD adalah sebuah “lonely journey” kerana circle yang nak capai perkara yang sama bersama-sama.
Dapat sesuatu? Bagaiamana dengan anda?
Semoga kejayaan mereka ini menjadi inspirasi buat calon Master PhD student diluar sana. Pastikan anda masuk dunia Master PhD dengan ilmu. Masuk dengan persediaan, keluar dengan kejayaan (pada masa yang telah ditetapkan).
>> Saya suka menulis & berkongsi. Nak lagi tips & sharing terus klik sini >> https://t.me/SmartSupermom
P/S: Untuk Master PhD Mommies, nak dapatkan eBook PERCUMA “5 Rahsia Master PhD Mommy Graduate On Time (GOT) @ Graduate Before Time (GBT)”. Klik sini >>
.
[vc_single_image image=”3705″ img_size=”LARGE” alignment=”center”]












